Lapan warga tempatan termasuk seorang wanita diberkas dalam operasi khas OPS Sarang

Antara yang ditahan pihak berkuasa dalam Ops Sarang. – Gambar IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang wanita antara lapan individu diberkas dalam satu Operasi Sarang di Kampung Sembulan awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata tangkapan dibuat itu di lokasi yang dikenalpasti sebagai `kawasan panas’ di Kampung Sembulan.

Gambar Ihsan IPD Kota Kinabalu

“Dalam operasi yang bermula pada pukul 12.30 tengah malam itu seramai 29 orang individu diperiksa dan lapan daripadanya ditahan.

“Tujuh daripadanya disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala, seorang individu lagi disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gambar IPD Kota Kinabalu

George berkata kesemua individu yang ditangkap itu berumur antara 18 hingga 50 tahun.

Katanya operasi yang dijalankan itu bertujuan mengenal pasti serta mengambil tindakan terhadap ahli sindiket pengedaran dadah yang wujud di kawasan panas sekitar Kota Kinabalu.

Pemeriksaan dijalankan ke atas beberapa pemandu yang ditahan dalam Ops Sarang. – Gambar Ihsan IPD Kota Kinabalu

Usaha membanteras pengedaran serta penagihan dadah sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebatkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan serta ketenteraman bandaraya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *