Intipan Unit Risikan Marin tumpaskan seludup keluar petrol


Empat suspek ditahan dalam dua bot berasingan di Perairan Pulau Bum-Bum Semporna. –  Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SEMPORNA, 19 Mei- Intipan Unit Risikan Marin daripada Pasukan Polis Marin (PPM) berkaitan penyeludupan minyak petrol ke Filipina membawa kepada penahanan dua lelaki Pala’u serta rampasan 2,570 liter minyak petrol di kawasan laut Pulau Bum Bum semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata penahanan dua lelaki berumur 19 dan 29 tahun serta rampasan minyak itu dilakukan anggota PPM Semporna antara 6.45 petang dan 10.45 malam.

Empat suspek ditahan dalam dua bot berasingan di Perairan Pulau Bum-Bum Semporna. –  Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

“Di laut Kampung Gusung Melanta, Pulau Bum Bum, seorang juragan dipercayai Pala’u dikesan membawa 1,200 liter minyak petrol yang ditemui dalam ruangan perahunya. Di kawasan sama, seorang lagi juragan turut didapati dalam ruangan perahunya, 870 liter minyak petrol,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Siasatan awal, Mohamad Pajeri berkata kedua-duanya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah selain mengaku mahu membawa minyak berkenaan ke Sitangkai, Filipina.


Semua barangan dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna. Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

“Kedua-duanya juga gagal menunjukkan sebarang dokumen untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya pihaknya turut merampas 500 liter minyak petrol di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji di Pulau Bum Bum.

Menurutnya, kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya, mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *