Remaja lelaki maut motosikal bertembung kereta

Keadaan mangsa selepa kemalangan sebelum dibawa ke Hospital Tawau – Gambar Ihsan PDRM/BES TAWAUfm

TAWAU, 17 Mei – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang bersama kakaknya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Land Cruiser di Kilometer 6, Jalan Kuhara, dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.25 tengah malam itu, mangsa Firdaus Mohamad Askari Makkateru, 19, meninggal dunia di Hospital Tawau akibat cedera parah manakala kakaknya Siti Aishah Mohamad Askari patah tangan kanan.

Kenderaan jenis Toyota Land Cruiser yang dipandu lelaki berusia 61 tahun bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa bersama kakaknya. Gambar Ihsan IPD Tawau/BES TAWAUfm

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Nor Azizulkifli Mansor berkata kemalangan itu berlaku selepas seorang lelaki warga emas berumur 61 tahun yang memandu Land Cruiser cuba memotong sebuah lori tangki namun gagal dan bertembung motosikal mangsa dari arah bertentangan.

“Pemandu Land Cruiser dipercayai dari arah Taman Da Hua 3 menuju ke Gudang 4, manakala mangsa dari arah Sungai Imam menuju ke Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nor Azizulkifli berkata siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa bersama kakaknya. Gambar Ihsan IPD Tawau/ BES TAWAUfm
Lokasi kejadian mangsa dan kakaknya dirempuh kenderaan jenis Toyota Land Cruiser. Gambar Ihsan IPD Tawau/ BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *