Rogol Hingga Hamil Gadis 17 Tahun, Lelaki Ditahan Ketika Mahu Nikah Calon Isteri

Pasangan berkenaan selepas berkahwin di balai polis. – Foto TribunNews

MAGELANG (Indonesia): Satu pasangan pengantin di sini terpaksa berkahwin di balai polis selepas pengantin lelaki ditangkap kerana disyaki merogol gadis bawah umur hingga hamil sebelum sempat acara akad nikah selesai.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu itu, pengantin lelaki yang berusia 23 tahun dijadual berkahwin dengan pasangannya di kampung Prontaan, Wates, Kota Magelang, Jawa Tengah.

Upacara pernikahan yang dilangsungkan di balai polis – Foto TribunNews

Merdeka.com melaporkan, ketika pengantin lelaki itu baru sahaja duduk untuk upacara akad nikah, beberapa anggota polis hadir untuk menangkap suspek.

Pada mulanya pengantin perempuan dan keluarga lelaki cuba menghalang tindakan itu tetapi polis menerangkan suspek ditangkap kerana disyaki merogol seorang gadis bawah umur hingga hamil.

Tangkapan itu susulan laporan dari bapa mangsa yang mendakwa anaknya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan.

“Bapa mangsa membuat laporan polis selepas mendapati anaknya hamil. Gadis itu sebelum ini dikatakan mengikut suspek untuk mencari kerja,” kata jurucakap polis Magelang Kota, Nur Sajaah yang dipetik Merdeka.com.

Bagaimanapun, pernikahan suspek dengan pasangannya tetap diadakan di balai polis dengan kehadiran penghulu, keluarga dan anggota polis yang lain sebagai saksi.

Nur Sajaah memberitahu, suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan berkaitan akta perlindungan kanak-kanak dan kesalahan persetubuhan dengan kanak-kanak. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *