140 tahun penjara ancam bunuh Trump

GRAVELLE berdepan hukuman penjara sehingga 140 tahun jika didapati bersalah bagi semua 15 tuduhan yang dikenakan terhadapnya. FOTO Agensi

WASHINGTON: Seorang lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengancam membunuh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam, berdepan hukuman penjara sehingga 140 tahun jika didapati bersalah bagi semua 15 tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Menurut dokumen mahkamah, Gary Gravelle, 51, menghadapi 16 tuduhan, termasuk mengancam presiden pada September 2018 dengan menghantar surat mengandungi serbuk putih dan mesej tulisan tangan “You Die (Anda Mati)”.

Gravelle yang berasal dari Connecticut turut menghantar surat kepada sebuah gereja, masjid dan pejabat Persatuan Nasional untuk Kemajuan Orang bukan kulit putih (NAACP).

Nota itu mendakwa serbuk putih berkenaan beracun tetapi ujian mendapati ia tidak berbahaya.

Gravelle juga menghantar e-mel dan membuat panggilan telefon mengancam untuk meletupkan bom di Vermont, Washington, serta beberapa lokasi di Connecticut termasuk bangunan kerajaan dan pusat kesihatan mental.

Sekiranya Gravelle didapati bersalah bagi semua 15 tuduhan, lelaki itu berdepan hukuman penjara maksimum 140 tahun.

Pendakwa raya Amerika, John Durham berkata, Gravelle dipenjara pada 2013 kerana membuat ancaman tetapi dibebaskan mengikut pemantauan persekutuan sebelum didakwa atas tuduhan baru pada tahun lalu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *