PPM Patahkan Cubaan Seludup Enjin Dari Tarakan Indonesia Ke Semporna

Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SEMPORNA -12/05/2019(AHAD) Pada jam 3.00 pagi tadi bertempat di laut Kampung Sum Sum Semporna, botronda PAR 3 Pasukan Polis Marin Semporna melalui maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin(URM) semasa menjalankan tugas Op Pensura telah berjaya menahan sebuah bot jenis Tempel berwarna Putih dan Kelabu dalam keadaan mencurigakan.

Apabila ditahan dan pemeriksaan awal dilakukan telah mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang lelaki Palauh bersama lima anak perahu. Hasil pemeriksaan di dalam ruangan perahu telah menemukan dua unit enjin baharu Jenama Da Feng, satu unit enjin baharu Jenama Motoyamar dan satu unit enjin baharu Jenama Jiangfa yang dibawa masuk ke Semporna Sabah dari Tarakan Indonesia tanpa sebarang dokumen yang sah. Dua anak perahu, juga Palauh mengaku membeli enjin tersebut dari Tarakan Indonesia.

Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Kesalahan di bawah Akta Kastam 1967. Kesemua mereka ditangkap dan keempat-empat unit enjin baharu tersebut dirampas. Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

ACP Hj Mohd Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, ‘Masing- masing suspek berumur antara 40 hingga 62 tahun. Dengan menggunakan perahu persendirian, mereka telah membeli dua unit enjin jenama Dafeng S 1115 TT dengan anggaran harga RM3,000.00 ,satu unit enjin jenama Jiangfa ZS 1115 TT anggaran harga RM1,500.00 dan satu unit enjin jenama Motoyama R 180/8 PK anggaran harga RM870.00.
Jumlah nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM27,010.00.

Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu cuba mengangkut apa-apa barang berduti atau tidak berkastam dan jika sabit kesalahan denda tidak lebih 10 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *