PRK Sandakan: Ketepi 4 calon lain, Vivian cantas majoriti 10,000 mendiang bapa

SANDAKAN: Vivian Wong Shir Yee dari DAP diisytihar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.186 Sandakan hari ini.

Beliau menerima 16,012 undi, jauh meninggalkan empat lagi pencabarnya, dengan majoriti 11,521 undi.

ADVERTISEMENTSCROLL TO CONTINUE WITH CONTENTBukan sahaja meminggirkan empat calon lain, beliau turut menewaskan majoriti 10,098 undi yang dimenangi mendiang bapanya, Datuk Stephen Wong, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan Pegawai Pengurus PRK Sandakan, Mohamad Hamsan Awang Supain setelah kesemua 93 peti undi dikira dan disahkan.

Pencabar terdekatnya, calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin mendapat 4,491 undi, manakala tiga lagi calon bebas hilang wang deposit apabila Hamzah Abdullah hanya mendapat 788 undi; Sulaiman Abdul Samat 126 undi dan Chia Siew Yung 178 undi. – Awani Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *