Pengasas bersama mahu Facebook dipecahkan

Chris Hughes. – Foto Reuters

NEW YORK: Pengasas bersama Facebook dan bekas teman sebilik Mark Zuckerberg, Chris Hughes menggesa rangkaian media sosial itu dipecahkan dalam artikel dalam akhbar New York Times.

“Kita adalah sebuah negara yang mempunyai tradisi mengekang monopoli tanpa mengambil kira pemimpin syarikat ini mempunyai niat baik sekali pun. Kuasa Mark di luar jangkaan dan tidak bersifat Amerika,” kata Hughes.

Facebook memiliki rangkaian media sosial terbesar dengan lebih dua bilion pengguna di seluruh dunia. Ia juga memiliki WhatsApp, Messenger dan Instagram yang masing-masing digunakan lebih satu bilion orang.

Hughes menubuhkan Facebook secara bersama pada 2004 di Harvard dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zuckerberg dan Dustin Moskovitz. Beliau keluar daripada Facebook pada 2007.

“Sudah 15 tahun sejak saya menubuhkan Facebook secara bersama di Harvard dan saya sudah tidak bekerja di syarikat ini sejak sedekad.

“Namun, saya rasa perasaan marah dan tanggungjawab,” kata Hughes yang menjadi pakar strategi Barack Obama, ketika kempen presiden 2008.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak memberikan maklum balas segera.

Dalam salah satu skandal keselamatan dan privasi syarikat itu, Facebook didakwa berkongsi maklumat 87 juta pengguna secara tidak patut dengan firma perundingan politik Britain, Cambridge Analytica.

Hughes berkata, kali terakhir beliau bertemu Zuckerberg adalah pada musim panas 2017, beberapa bulan sebagai skandal Cambridge Analytica bocor.

“Mark ada seorang yang baik. Namun, saya marah dengan tumpuan beliau kepada pertumbungan hingga mengorbankan keselamatan dan kehormatan untuk ketikan.

“Saya risau Mark mengelilingi dirinya dengan pasukan yang mengukuhkan kepercayaan beliau berbanding mencabar mereka,” katanya.

Bukan Hughes seorang yang mahu Facebook dipecahkan. Beberapa pembuat dasar juga menggesa peraturan privasi persekutuan dan tindakan anti kepercayaan supaya memecahkan syarikat besar. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *