WARISAN Sepanggar Digantung Hanya Khabar Angin – Shafie Apdal

Shafie Apdal

OKOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal menafikan khabar angin yang menyatakan pendaftaran Warisan Bahagian Sepanggar digantung buat sementara waktu.

AZIS JAMMAN

Ketua Menteri Sabah ini berkata, sepanjang pengetahuannya itu hanya khabar angin dan sebagai Presiden Warisan, beliau tiada menerima sebarang surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Setakat ini tiada indikasi datang dari RoS jadi jangan risau tentang perkara itu. Keadaan masih boleh diuruskan,” katanya ketika ditanya tentang khabar angin mengenai penggantungan pendaftaran Warisan Sepanggar.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu disebarkan oleh mereka yang kalah dalam pertandingan sehingga membuat aduan yang tidak benar sebegitu.

Warisan Sepanggar kini diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman, yang juga Ketua Wira Warisan Pusat. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *