Kesihatan FC Juara, Ranggu FC Naib Juara Liga Super SAFA Tawau

Nizam bergambar dengan pasukan Kesihatan FC. – Gambar Persatuan Bolasepak Tawau-SAFA TAWAU

TAWAU : Kesihatan FC muncul juara Pertandingan Bola Sepak Liga Super Safa bagi merebut Piala Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan selepas menewaskan Ranggu FC dengan jaringan 4-0 pada perlawanan akhir piala itu di Kompleks Sukan Tawau semalam.

Kesihatan FC membawa pulang wang tunai RM10,000, piala iringan dan medal manakala naib johan Ranggu FC membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala iringan dan medal.

Nizam menyampaikan hadiah kepada Pasukan Ranggu FC. – Gambar Persatuan Bolasepak Tawau-SAFA TAWAU

Sementara itu Sharizam Sahar dari Kesihatan FC turut dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan manakala Bombalai JR merangkul Pasukan Terbaik.

Penerima Anugerah Liga Safa Tawau 2019 juga diberi kepada Pengurus Terbaik (MPT FC), Jurulatih Terbaik (Perillys FC), dan Penyokong Pasukan Terbaik (Stinger FC).

Pasukan Ranggu FC bergambar bersama sesama pemain selepas bergelar Naib Juara Liga Super SAFA Tawau – Gambar Persatuan Bolasepak Tawau-SAFA TAWAU

Presiden Safa Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut menyaksikan perlawanan akhir berkenaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Nizam ketika ditemui berkata Safa Tawau melaksanakan pebagai kejohanan bola sepak setiap tahun di daerah ini.

Nizam menyampaikan hadiah kepada pemain Pasukan Ranggu FC. – Gambar Persatuan Bolasepak Tawau-SAFA TAWAU

“Antara lain termasuklah Liga Super Safa, Piala Perdana dan Piala FA yang mana secara keseluruhan menyediakan wang tunai terkumpul hampir RM30,000,” katanya.

Nizam berkata ia adalah usaha Safa Tawau untuk mencungkil bakat-bakat baharu selain mendedahkan para penggemar bola sepak daerah ini dengan kejohanan yang berkualiti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *