SPRM dapat izin dakwa Bung Moktar dan Zizie

Bung Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Instagram @zizieizette

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri.

Pendakwaan terhadap kedua-duanya akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini, menurut SPRM dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Bung Moktar dan isterinya, selebriti tanah air, Datin Seri Zizie Izette A Samad bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“SPRM telah menahan Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 11.15 pagi.

“Tindakan diambil selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra,” kata SPRM.

Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *