“Selamat Kembali Wahai Saudaraku,” Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam

Seperti semua sedia maklum, pengarah drama terkenal, Michael Ang telah mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu dan baru sahaja diwar-warkan secara rasmi menerusi Instagram beliau sebentar tadi.

Adam Corrie Lee yang juga seorang pelakon terkenal mengucapkan syukur kepada Allah sehingga menitiskan air mata apabila mendapat berita tentang Michael Ang memeluk agama Islam. Adam menyiar semula entri dari Michael Ang ke Instagram beliau dan mengucapkan “selamat kembali wahai saudaraku dunia dan akhirat”.

Ini hari yang sangat indah untuk kita umat Islam kerana dapat menyambut saudara baru sebelum kita menyambut bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi. Semoga Michael Ang Hai Swee bakal menjadi umat Islam yang sejati di dunia dan akhirat.

Sumber: Adam Corrie Lee 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *