Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 50 peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus serta pelbagai manfaat kemudahan pelancongan dan pilihan penyertaan menerusi kempen Ultimate Travelicious Deals yang berlangsung selama 10 hari bermula semalam.

Menerusi kempen itu, pelanggan yang membeli tiket penerbangan destinasi antarabangsa akan menikmati harga promosi tiket dua hala kelas ekonomi berserta elaun bagasi 20 kilogram.

Ia termasuk harga serendah RM379 ke Phuket; RM399 ke Kochi, RM629 ke Bali; atau memilih ke China pada harga serendah RM589 ke destinasi Nanjing, RM689 ke Hong Kong; dan RM1,089 ke Shanghai.

Manakala destinasi lain termasuk destinasi Perth pada harga RM999; laluan ke Seoul dari harga RM1,099; Tokyo serendah RM1,199 dan London pada harga hanya RM2,499.

Bagi pelanggan yang tidak memerlukan kemudahan simpanan bagasi boleh menikmati harga sehala kelas Economy Lite ke mana-mana destinasi domestik pada harga serendah RM69 ke Pulau Pinang dan Langkawi, Manakala Kuching pada harga RM99 dan Kota Kinabalu serendah RM159.

Ketua Perolehan Kumpulan Malaysia Airlines, Ignatius Ong, berkata harga promosi terbabit hanya ditawarkan bagi tempahan perjalanan 29 April sehingga 31 Mac tahun depan.

Katanya, turut disediakan kepada pelanggan adalah elaun bagasi kabin sehingga tujuh kilogram, makanan percuma, dan hiburan dalam penerbangan percuma tanpa yuran kad kredit.

“Jika anda terlepas promosi kami baru-baru ini, kini adalah masa yang terbaik untuk anda menempah tiket perjalanan untuk tempoh 10 bulan akan datang.

“Kempen Ultimate Travelicious Deals, menawarkan pelbagai kelebihan untuk pengguna beralih kepada Malaysia Airlines sebagai perkhidmatan penerbangan ke destinasi percutian.

“Bahkan pelanggan boleh menetapkan sendiri perkhidmatan perjalanan mengikut kemahuan serta menikmati servis premium pada harga serendah RM69 untuk tiket sehala ke Pulau Pinang atau Langkawi; atau menempah tiket dua hala ke London pada harga serendah RM2,499,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut Kempen Ultimate Travelicious Deals, pengguna boleh melayari www.malaysiaairlines.com. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *