Lelaki Maut, Abang Terlanggar Adik Kandung Tunggang Motosikal

Foto Ihsan Pembaca

TAWAU; 26 APRIL 2019 (Jumaat) – Kepiluan seorang abang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila lori tanker yang dipandunya secara tidak sengaja terlanggar adik kandungnya hingga mengakibatkan lelaki berkenaan maut di Batu 6 Jalan Apas Tawau, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor dalam kenyataan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi, mangsa yang berumur 44 tahun itu dipercayai menunggang motorsikal telah melanggar belakang sebuah motokar jenis proton saga yang berada dihadapannya untuk membuat pusingan U.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke Lorong kiri jalan sebelum abang mangsa, 47 tahun yang memandu Lori tanker dengan muatan minyak diesel melalui jalan itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

SUMBER : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *