Imigresen Gempur Kilang Papan Lapis, Tahan 102 PATI Di Tawau

Gambar BES TAWAUfm

102 PATI DITAHAN, KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA TURUN PADANG GEMPUR KILANG PAPAN LAPIS

TAWAU; 25 APRIL 2019 (Khamis) – Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud turun padang mengetuai operasi penguatkuasaan bagi menggempur Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sebuah kilang memproses Papan Lapis di Pasir Putih Tawau, malam tadi.

Operasi Mahir yang bermula kira-kira pukul 7 malam dan berakhir pukul 1.30 pagi yang disertai 80 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah
itu berjaya memeriksa 155 individu dan menahan 102 PATI warga Indonesia serta Filipina.

Daripada jumlah itu, 70 yang ditahan merupakan warga Indonesia sementara 32 lagi adalah warga Filipina yang membabitkan 39 lelaki, 53 wanita serta 10 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 1 hingga 63 tahun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan serbuan keatas Sebuah Kilang memproses Papan lapis di Tawau.

Gambar BES TAWAUfm

Tambahnya, majikan kilang berkenaan akan dipanggil untuk siasatan dan jika dapat dibuktikan majikan menggaji pekerja tanpa permit sah, akan didakwa dibawah Seksyen 55B Akta Imigresen.

Sehubungan itu, Datuk Khairul Dzaimee memberi peringatan agar para majikan hanya menggaji pekerja-pekerja yang mempunyai pas lawatan kerja sementara dan sekiranya didapati menggaji PATI, majikan berkenaan boleh dikenakan kompaun berjumlah 15-ribu ringgit bagi Seorang PATI.

Menurut Datuk Khairul Dzaimee, sepanjang operasi dilakukan di kilang terbabit, terdapat dalam kalangan PATI memiliki dokumen yang meragukan seperti pendaftaran warga Asing yang dikeluarkan oleh pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Gambar BES TAWAUfm

Jelasnya, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu atau NGO bagi mengeluarkan sebarang dokumen atau sijil pekerja Asing yang dipercayai boleh digunakan untuk mencari pekerjaan dan boleh tinggal menetap di negeri ini secara sah.

Katanya, dokumen yang dikeluarkan oleh NGO terbabit tidak diiktiraf oleh Jabatan Imigresen dan sah dibawah Akta Imigresen Dan Akta Passport.

Jabatan Imigeresen juga akan mengambil tindakan seterusnya iaitu melaporkan kepada pendaftar pertubuhan supaya perkara itu disiasat untuk tindakan lebih lanjut.

Sementara itu, Seorang PATI wanita Filipina berumur 27 tahun yang memiliki satu dokumen dipercayai sijil dokumentasi pekerja Asing yang dikeluarkan sebuah NGO di Tawau berkata, beliau terpaksa membayar 8-ratus ringgit demi mendapatkan dokumen tersebut.

Katanya, dokumen yang boleh diperolehi dalam tempoh sebulan itu diuruskan oleh agen NGO terbabit dipercayai sah digunakan dalam tempoh sebulan akan menjanjikan wanita berkenaan mendapat pekerjaan dan menetap secara sah di negeri ini.

Gambar BES TAWAUfm

Dalam pada itu, Menurut Datuk Khairul Dzaimee, seramai 18-ribu 590 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga semalam.

Katanya, sepanjang melaksanakan 6-ribu 125 operasi Bersepadu, seramai 80-ribu 783 warga Asing di negara ini telah diperiksa.

Turut ditahan 414 majikan kerana menggaji atau melindungi PATI dan akan didakwa atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen Dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tambahnya, seramai 1-ribu 949 PATI ditahan hasil 542 operasi pencegahan dan penangkapan PATI serta pemeriksaan ke atas 12-ribu 873 individu di Sabah sepanjang tempoh Januari hingga semalam.

Menerusi operasi-operasi itu, seramai 2-ribu 820 PATI telah diusir ke negara asal masing-masing dan lapan majikan didakwa kerana menggaji PATI yang tidak memiliki dokumen atau dokumen tamat tempoh.

Sumber: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *