Dua Lori 10 Tan Bertembung, Dua Pemandu Cedera

BEAUFORT: Dua lelaki mengalami cedera parah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Batu 60 petang tadi.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohamad Hasbullah berkata kemalangan tersebut membabitkan dua buah kenderaan jenis lori 10 tan.

Keadaan dua buah lori 10 tan yang bertembung. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata kedua-dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun dikenal pasti sebagai pemandu kepada kedua-dua kenderaan terbabit.

Siasatan di lokasi kejadian mendapati, kemalangan berlaku akibat pertembungan kedua-dua lori berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah kedua-dua individu terlibat.

Ketika kejadian, pasukan bomba telah mengeluarkan kedua-dua mangsa, seterusnya menghantar mangsa ke hospital menaiki jentera Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans.

Pihak bomba juga membuat pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya tersebut pada pukul 3.30 petang dan menggegaskan seramai sembilan orang anggota BBP Beaufort ke lokasi.

Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.26 petang. –SabahNewsToday

Keadaan dua buah lori 10 tan yang bertembung. Gambar Ihsan Bomba
Keadaan dua buah lori 10 tan yang bertembung. Gambar Ihsan Bomba
Keadaan dua buah lori 10 tan yang bertembung. Gambar Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *