Empat cedera dalam kemalangan di Papar

Keadaan kereta kancil selepas bertembung Proton Persona di Jalan Papar Lama.

PAPAR: Empat individu terdiri dari dua lelaki dan dua wanita dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan antara sebuah Perodua Kancil dan Proton Persona di Kampung Purak, Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, di sini, Sabtu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata satu pasukan terdiri daripada anggota diketuai oleh Pegawai Kanan Sulaiman Menin dikerahkan ke tempat kejadian selepas dimaklumkan pada 2.08 petang.

Selepas tiba di tempat kejadian itu, beliau berkata pasukan menjalankan operasi mengeluarkan mangsa daripada Kancil itu sebelum mengejarkan ke hospital sementara pemandu Persona iaitu seorang wanita tidak mengalami kecederaan.

Operasi tamat pada 2.43 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *