Pergilah tipu penguin

SUBIANTO berucap kepada penyokongnya yang berkumpul dihadap rumahnya selepas solat Jumaat. – Foto AFP

JAKARTA: Calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto mencadangkan peninjau pilihan raya berpindah ke Antartika kerana mendakwa lembaga itu tidak boleh dipercayai.

“Rakyat sudah hilang kepercayaan. Mungkin anda boleh pindah ke Antartika dan tipu penguin,” katanya ketika berucap kepada penyokong di luar kediamannya, di sini, hari ini.

Bekas jeneral tentera itu menolak dakwaan kiraan awal undian yang mengatakan Presiden Indonesia Joko Widodo menang pilihan raya.

Pengiraan awal dianggap penunjuk boleh dipercayai mengenai hala tuju keputusan pilihan raya dan ia secara rasmi diumumkan Mei ini.

Subianto dikecam netizen kerana enggan mengaku kalah selepas mendakwa dia presiden baru Indonesia. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *