Dua lelaki ditahan miliki ganja, pil ecstasy

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga asing ditahan dalam kes berasingan atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja serta pil Ecstasy dalam Op Tapis, kelmarin.

Tangkapan pertama membabitkan lelaki berumur 21 tahun yang ditangkap di kawasan Kampung Air sekitar jam 6 petang.

Seorang lelaki ditahan apabila satu plastik lutsinar mengandungi tumbuhan kering dipercayai ganja. Gambar SNT/Ihsan IPK KK

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata lelaki berkenaan melakukan kesalahan memiliki dadah dipercayai ganja dengan anggaran berat 51.3 gram bernilai RM2,052.

Satu balutan plastik lutsinar berisi ceraian bahan tumbuhan kering dipercayai ganja dirampas daripada seorang lelaki berusia 25 tahun yang ditahan di kawasan Kampung Air dalam Op Tapis di Kota Kinabalu, kelmarin. Gambar SNT/Ihsan IPD KK

“Kita menemukan bahan terlarang itu dalam satu balutan plastik lutsinar berisi ceraian bahan tumbuhan kering dan ujian saringan awal urin turut mendapati tangkapan ini positif dadah jenis sama.

“Tangkapan kedua pula melibatkan seorang remaja berumur 18 tahun dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Remaja terbabit ditahan sekitar jam 11.50 malam pada hari sama di kawasan Api-Api Centre.

Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan pihak polis berikutan kesalahan memiliki dua bungkus dadah jenis Ecstacy dalam Op Tapis sekitar Api-Api Centre, kelmarin. Gambar SNT/ Ihsan IPD KK

“Penahan itu membawa kepada penemuan dua paket plastik lutsinar berisi pil disyaki dadah jenis Ecstasy sebanyak 30 biji bersamaan berat 12.12 gram serta dianggarkan bernilai RM900. Bagaimanpun, ujian saringan awal urin memdapati remaja itu negetif dari mengambil sebarang dadah,” katanya.

George berkata kejayaan semua tangkapan dalam operasi kali ini adalah berdasarkan maklumat risikan dan maklumat orang awam.

Sebanyak 30 biji dadah jenis Ecstasy dirampas daripada seorang remaja lelaki yang ditahan di kawasan Api-Api Centre, Kota Kinabalu dalam Op Tapis, kelmarin. Gambar SNT/ Ihsan IPD KK

Menurut beliau, pihaknya akan terus komited dalam membanteras individu yang memiliki, memggunakan atau mengedar dadah secara berterusan.

“Menerus penangkapan ini, kita yakin dapat mengenalpasti serta memgambil tindakan ke atas ahli sindiket pengedaran dadah yang wujud di seluruh bandar raya ini.,” katanya. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *