Lebih Banyak Rumah PPRT Akan Dibina Untuk Bantu Rakyat Miskin Di Sabah

Datuk Ewon Benedict.

KOTA KINABALU: Sebanyak 445 rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) bakal dibina di Sabah bagi tempoh tahun ini.

Menerusi jumlah itu, pembinaan 225 buah rumah akan dilaksanakan dalam fasa pertama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata KPLB Persekutuan melalui agensi di bawah pihaknya, Giat MARA juga bakal melaksanakan baik pulih ke atas 1,740 unit rumah PPRT di seluruh negeri.

Ewon berkata salah satu cabaran yang dihadapi adalah statistik kemiskinan di negeri berkenaan yang kian meningkat setakat suku pertama tahun ini.

“Mengikut statistik kemiskinan negeri Sabah setakat 1 April, terdapat sebanyak 75,414 orang sudah berdaftar di bawah program e-kasih.

“Seramai 18,076 individu daripada jumlah terbabit tergolong dalam kategori miskin tegar, 20,259 orang kategori miskin dan 37,079 lagi terkeluar daripada semua kategori e-kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul terima kasih atas ucapan Yang DiPertua Negeri bagi kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan lebih banyak program bina baharu berbanding program baik pulih bagi projek rumah PPRT.

“Kementerian saya juga akan terus memperkasakan kerjasama dengan KPLB Persekutuan bagi menangani keperluan sebenar rumah PPRT di negeri ini termasuklah mensyorkan pembinaan bina babahary kira-kira 1,000 buah rumah PPRT di Sabah.

“Selain itu, kita akan menggunakan peruntukkan yang sedia ada di kementerian untuk menyediakan rumah PPRT khusus bagi peserta program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di tiga kawasan MESEJ iaitu MESEJ Mansalu Ranau, Tukar Pitas dan Timpangoh Laut Penampang,” katanya. -SabahNews Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *