Dakwa Temui Patung Batu Menyerupai Robot, Netizen Indonesia ‘Claim’ Gundam Berasal Dari Jawa tengah

Siapa ingat lagi siri anime Gundam yang terkenal dikaca televisyen menyaksikan kehebatan robot gergasi atau ‘Gundam’ ini yang mula disiarkan pada tahun 1979.

Dicipta oleh pengarah animasi terkenal, Tomino Yoshiyuki, siri ini telah menerajui anime ‘Real Robot’ dengan elemen lebih realistik.

Terbaru, gambar patung batu Gundam yang dijumpai di Indonesia menjadi bualan komuniti alam maya.  Rata-rata mereka mendakwa bahawa patung tersebut berasal dari era kerajaan Majapahit lagi.

Gambar itu diambil di sebuah daerah Jawa Tengah, Indonesia dengan keadaan badannya yang sudah berlumut seperti sudah lama terpahat di situ.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa tidak mustahil rupa bentuknya sedemikian jika ditubuhkan pada tahun ia diperkenalkan di negara itu, iaitu pada tahun 2007.

Sumber: Terust

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *