Tak tahan suami busuk, isteri minta cerai

Gambar Hiasan

NEW DELHI: Seorang isteri memfailkan cerai kerana tidak tahan tabiat buruk suaminya enggan mandi atau mencukur jambang sehingga menyebabkan badannya terlalu busuk.

Media tempatan melaporkan, wanita berusia 23 tahun dari Madhya Pradesh itu diarahkan mahkamah supaya tinggal berasingan selama enam bulan sebelum perintah cerai diberikan, lapor agensi berita PTI.

Wanita itu dan suaminya yang berusia 25 tahun berkahwin tahun lalu. Dalam dokumen difailkan, wanita terbabit mendakwa suaminya enggan mencukur jambang atau mandi sehingga tujuh atau lapan hari berturut-turut.

Kaunselor mahkamah Shail Awasthi berkata: “Wanita kini meminta cerai kerana isu remeh. Dalam kes ini, si isteri berang kerana suaminya sekadar memakai wangian setiap kali diminta mandi.”

Katanya, perkahwinan itu diatur keluarga yang tidak bersetuju tindakan wanita itu meminta cerai. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *