Berhabis RM400 demi negara

Noraznem Mhd Nor. FOTO NSTP

“DEMI tanggungjawab kepada negara, saya tidak kisah berhabis RM400 untuk kos tiket penerbangan semata-mata untuk pulang mengundi hari ini,” kata Noraznem Mhd Nor, 32.

Model sambilan dari Labuan, Sabah itu berkata, dia tiba di Rantau 12.30 tengah malam tadi untuk mengundi pagi ini dan akan pulang semula ke Labuan 5.30 petang ini.

“Memang saya balik semata-mata untuk mengundi hari ini, kerana merasakan ia satu tanggungjawab besar kepada negara.

“Suami tidak ikut sama kerana ada tugasan luar dan 5.30 petang ini saya akan pulang semula ke Labuan,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, 8.45 pagi ini.

Hari ini, seramai 20,793 pengundi biasa layak mengundi di 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *