Lelaki warga asing ditahan memandu tanpa lesen, tiada dokumen

Anggota ESSCom melakukan kawalan dan pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya di RCP Sapi Nangoh. – Gambar Bernama

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditahan oleh Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pusat Pemeriksaan Darat (RCP) Sapi Nangoh, Kilometer 4 Jalan Sapi Nangoh pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Asisten Komisioner (ACP) Ratan Kumar Singh berkata lelaki berumur 52 tahun itu ditahan oleh pihak polis kerana tidak memiliki dokumen diri yang sah serta memandu lori tanpa cukai jalan.

Kira-kira jam 1 petang, semasa pihaknya menjalankan tugas RCP bersama tujuh anggota, telah menahan sebuah lori jenis Nissan Diesel yang dipandu oleh lelaki berkenaan.

Beliau berkata pemandu itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan cukai jalan tamat tempoh.

“Pemandu kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada Balai Polis Telupid untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ratan menasihati pemiliki ladang agar tidak membenarkan pekerja mereka memandu yang tidak memiliki lesen, tiada dokumen diri dan kenderaan tamat tempoh. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *