Pelajar Tak Dapat Masuk Dewan Konvo Kerana Baju Lengan Pendek, Tindakan Spontan Pensyarah Ini Dapat Pujian Ramai

Setelah bertahun-tahun menimba ilmu, berpenat lelah menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah dan  menempuh peperiksaan setiap semester, akhirnya tibalah masa untuk bergraduat. Istidat konvesyen merupakan upacara yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar semester akhir mahupun mahasiswa lain.

Namun yang paling teruja adalah mahasiswa yang bakal menerima segulung sijil sebagai lambang tamat sesi pembelajaran secara rasmi dalam upacara tersebut. Malah ia membuktikan kegigihan selama ini berbaloi apabila berjaya meyarung jubah dan memakai topi mortar di kepala. Pada saat itulah, ibu bapa akan bangga melihat anak-anak mereka segak bergaya berjalan di atas pentas sambil menerima gulungan skroll.

Namun manusia hanya mampu merancang, satu perkongsian di Facebook seorang Pensyarah Kanan UiTM Kampus Seri Iskandar Perak, Azizul Azli Ahmad benar-benar menyentuh hati pengguna laman terbabit. Beliau menceritakan kejadian yang berlaku ketika istiadat konvokesyen di universitinya. Perkongsiannya itu mendapat 3,900 kali perkongsian, 15,000 likesdan pelbagai reaksi dari netizen.

Menurut Azizul :

Penerbangan dari Sabah telan belanja sehingga RM800.

“Saya beli tiket last minit Doktor,”.

“Mak ayah tak dapat ikut sebab mahal”

Saya angguk tanda faham. Pelajar ini bergraduasi semalam. Rakannya juga asal Terengganu naik motor sahaja dan menumpang dirumah kawan.

Ketika orang lain bergembira bersuawa foto bersama keluarga dan kenalkan pada bakal mertua. Mereka bersendirian sahaja.

Sebelum perarakan istiadat masuk, saya dihampiri petugas konvo.

“Doktor, pelajar ini tidak boleh masuk sebab bajunya lengan pendek. Syarat istiadat baju mestilah berlengan panjang.”

Semua orang mulai panik. Perbarisan pelajar mula berarak keluar menuju kedewan. Pelajar ini buntu, dia ditahan. Dia datang jauh dari Sabah dan tak dibenarkan masuk kedalam dewan utama.

Saya juga jadi buntu waktu itu, dalam saat singkat untuk membantu.

Wajahnya mula berubah. Dia sampai dari Sabah malam tadi selepas menaiki bas ke Kota Kinabalu 4 jam perjalanan dari Kuala lumpur ke Seri Iskandar 3 jam lagi dengan bus.

Saya bukakan jubah yang saya sarungkan dan berikan jaket yang saya pakai untuk dia gunakan, ia tindakan spontan.

Dia terus peluk saya. Bertakung air mata diwajahnya terharu. Urusetia bersorak gembira, saya juga terharu dibuatnya. Saya hanya lakukan spontan agar dia dapat naik bersama rakan graduan lain.

Tamat majlis istiadat, saya tahu dia tiada keluarga bersama.

Maka saya bersama Prof Madya Dr Sabrizaa dan Dr Othman raikan mereka dengan makanan di McDonalds bersama sama.  Ketika kita ketawa bersama keluarga tercinta saat graduasi kita, ada mata yang bergenang air matanya kerana tiada keluarga bersama.

Gambar : Azizul Azli Ahmad
Gambar : Azizul Azli Ahmad
Gambar : Azizul Azli Ahmad

“Saya rasa saya dah tak mampu sambung belajar lagi, sebab itu saya datang juga agar ada pengalaman kali terakhir ini”.

Mendengar itu cukup membuat hati saya berkata.

“Lelaki ini pasti berjaya”

Melangitkanlah impianmu wahai anak muda.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *