Potong anu sendiri

MANGSA dikejarkan ke hospital. FOTO/AGENSI

Costa del Sol, Sepanyol: Seorang lagi lelaki ditemui dengan kemaluannya terputus di negara ini, apabila polis mendapati seorang lelaki berkeliaran sambil memegang dan menggoyang-goyangkan zakarnya yang sudah dipotong di Benalmadena, Ahad lalu.

Polis menahan lelaki berusia sekitar 30-an itu selepas ternampak kesan darah pada seluarnya dan ketika ditemui polis, lelaki itu menjerit mendakwa dirinya adalah makhluk asing bernama Sergio, namun kemudian berkata, dia adalah wanita bernama Naomi.

Menyedari dia memegang kemaluan yang putus, lelaki itu segera dikejarkan ke hospital.

Daily Mail melaporkan lelaki terbabit yang kepalanya turut berlumuran darah dan kelihatan bingung, berkata: “Saya makhluk asing! Ini bukan saya punya!”.

Doktor mendapati lelaki itu mengikat bahagian kemaluannya dengan tali kasut dan getah gelang bagi mengelak pendarahan berterusan

Doktor mengesahkan separuh daripada alat sulit lelaki terbabit dipotong manakala bahagian yang tertinggal, terkoyak.

Menurut laporan akhbar Diario Sur, siasatan mendapati lelaki itu bukan di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah dan pihak berkuasa mengesyaki dia mengalami gangguan mental atau halusinasi yang mendengar suara menyuruhnya memotong kemaluan sendiri.

Lelaki itu dilaporkan menjalani pembedahan bagi menyambung semula kemaluannya namun tidak dapat dipastikan sama ada pembedahan itu berjaya atau tidak. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *