Pelajar Menerima 19 Jahitan Antara Yang Cedera Dalam Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan

Bas yang membawa sekumpulan pelajar SMK Wakuba remuk dalam kemalangan jalan raya di Batu 22 Jalan Apas. – Gambar Ihsan IPD Tawau

PELAJAR PEREMPUAN MENERIMA 19 JAHITAN ANTARA YANG CEDERA, KEMALANGAN MEMBABITKAN TIGA KENDERAAN

TAWAU; 11 APRIL 2019 (Khamis) – Pelajar perempuan Tingkatan satu menerima 19 jahitan di bahagian muka dan tangan kanan selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Batu 22 Jalan Apas, Tawau, petang kelmarin.

Dalam kejadian 5.50 petang itu, tiga lagi pelajar perempuan dari sekolah Menengah yang sama dan seorang wanita berumur 35 tahun turut mengalami kecederaan ringan sementara empat lagi pelajar serta seorang pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Nor Azizulkufli Mansor dalam kenyataan berkata, kemalangan berlaku apabila bas sekolah yang membawa 9 penumpang itu telah memasuki lorong kanan semasa mengubah haluannya sebelum dilanggar sebuah pacuan Empat roda di arah terbabit.

Kemalangan menyebabkan bas sekolah terseret ke hadapan dan telah terlanggar dengan sebuah lori.

Katanya, kesemua mangsa seterusnya
dikejarkan ke Hospital Besar Tawau Sementara kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Facebook Page BESTAWAUfm

Toyota Vigo rosak pada bahagian hadapan dalam kemalangan di Tawau. – Gambar Ihsan IPD Tawau
Bas yang membawa sekumpulan pelajar SMK Wakuba remuk dalam kemalangan jalan raya di Batu 22 Jalan Apas. – Gambar Ihsan IPD Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *