Cubaan Pecah Masuk Rumah, Lelaki Ditangkap Orang Awam

KENINGAU: Seorang lelaki dipercayai melakukan aktiviti pecah rumah di Taman Sabanah berjaya ditangkap oleh orang awam.

Mohd Nur Fadreen Nordin berumur 31 tahun dikatakan melarikan diri ke kawasan perumahan Taman Wawasan Juta selepas memecah masuk sebuah rumah.

Suspek pecah masuk rumah berjaya ditangkap oleh orang awam. Gambar SNT/Ihsan Pembaca

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) Keningau, Asisten Superintenden Mohd Danny Jusiang Abdullah siasatan di tempat kejadian mendapati suspek melarikan diri dengan menutup muka dan bersenjatakan pisau.

“Setibanya pihak polis di tempat kejadian selepas menerima laporan berkenaan mendapati suspek telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam kira-kira pukul 3.21 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya turut dirampas barang-barang disyaki milik suspek tersebut adalah penutup muka warna hitam, sebuah telephone bimbit jenis Vivo, sebuah alat penggera kereta dan sebilah pisau berukuran 32 sentimeter termasuk hulu. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *