12 Lelaki Diberkas Dalam Ops Sarang Di Kota Belud

Antara suspek yang berjaya diberkas dalam operasi berkenaan. Gambar SNT/Ihsan Polis

KOTA BELUD: Seramai 12 orang lelaki berjaya ditangkap oleh sepasukan polis Kota Belud dalam satu Ops Sarang yang dijalankan pada Isnin Pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata tangkapan dibuat semasa serbuan di empat buah kampung iaitu Kg Piasau, Kg Pirasan, Kg Gaur dan Kg Siasai Tamu.

Katanya ketika operasi yang bermula seawal pukul 5 pagi sehingga 10.30 pagi itu telah memeriksa seramai 13 orang dan berjaya menahan 12 individu.

Kesemua individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tiga kes memiliki dadah jenis syabu.

Manakala sembilan kes pula ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki penagih dadah.

Sementara itu, 11 orang suspek yang ditahan adalah warga tempatan dan seorang warga Filipina. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *