Patah dua kaki lompatan tidak menjadi

KAKI kanan Samanthan yang patah selepas membuat lompatan

ALABAMA: Seorang gimnas berdepan detik ngeri apabila patah kedua-dua kaki ketika terjatuh dalam satu pertandingan di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Samantha Cerio yang mewakili Auburn University itu ditimpa kejadian terbabit ketika melakukan lompatan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh hingga patah kaki selain terkehel kedua belah lutut.

Kejadian itu mengejutkan penonton apabila melihat Samantha menjerit kesakitan sebelum diusung keluar untuk menerima rawatan.

Dia kemudiannya memuat naik gambarnya di akaun Instagram bersama keterangan gambar memberitahu bahawa ia adalah hari terakhir buatnya bergelar sebagai seorang gimnas.

Penuntut tahun akhir universiti itu dijangka menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa tidak lama lagi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *