Remaja bunuh diri dilarang main PUBG

Gambar Hiasan

HYDERABAD, INDIA: Kecewa dilarang bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) seorang pelajar berusia 16 tahun di daerah Malkajgiri dekat sini, membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Menurut laporan Indian Express, Hyderabad, kejadian berlaku pada 1 April lalu, apabila pelajar itu disuruh ibunya berhenti bermain PUBG dan belajar untuk peperiksaan keesokannya.

Jurucakap polis Malkajgiri, Sub Inspektor K Sanjeeva Reddy, berkata remaja itu, Kallakuri Sambashiva, menjadi berang lalu masuk ke dalam bilik dan menggantung dirinya pada kipas siling menggunakan kain.

Keluarganya mengejarkan mangsa ke hospital namun disahkah sudah meninggal dunia.

Menurut polis, remaja yang belajar di sekolah swasta itu sedang menduduki peperiksaan dan hanya tinggal satu mata pelajaran lagi.

Media India melaporkan pentadbiran beberapa bandar di Gujarat sudah mengharamkan permainan itu kerana menyebabkan pemainnya menjadi ganas dan pelajar lalai dalam pelajaran.

Menurut Press Trust of India, banyak kumpulan menyokong kempen mengharamkan permainan itu, terutama selepas dua lelaki berusia 20-an terbunuh dilanggar kereta ketika leka bermain PUBG dekat landasan kereta api di Maharasthra, bulan lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *