Bergaduh angkara ‘top up’

Gambar Hiasan

BEAUFORT: Polis menahan lapan remaja, termasuk tiga pelajar yang terlibat dalam pergaduhan di luar kedai kopi di Beaufort, Sabah kira-kira 100 kilometer dari Kota Kinabalu.

Pergaduhan tercetus selepas seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidak berpuas hati terhadap salah seorang suspek, pelajar berumur 15 tahun, menghubungi adik perempuannya untuk menambah nilai prabayar telefonnya.

Ketua Polis Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd Razak berkata, remaja itu membawa dua saudaranya, manakala seorang remaja lagi membawa empat saudaranya ke luar kedai kopi di Beaufort pada pukul 5 petang Sabtu.

Azmir berkata, suspek berusia 18 tahun itu tidak berpuas hati pelajar terbabit kerana menghubungi adik perempuannya untuk menambah nilai prabayar.

Mereka kemudian berdua bersetuju untuk berjumpa di kedai kopi dan membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, ia berakhir dengan pergaduhan membabitkan kedua-dua kumpulan sebelum polis tiba dan menahan kesemua mereka.

Beliau berkata, semua suspek berusia antara 14 dan 19 tahun, ditahan untuk merakamkan keterangan mereka.

“Ia tiada kaitan dengan mana-mana penglibatan kumpulan tertentu,” katanya, sambil menambah kes tersebut disiasat. – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *