Sebulan dia merenung manja

GAMBAR lelaki Pakistan yang tular membabitkan kejadian di di Gum-Gum. FOTO/ Ihsan Pembaca

POLIS menafikan kejadian rogol membabitkan wanita tempatan dan lelaki warga Pakistan di kawasan Gum-Gum, Batu 16, Sandakan yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, ia hanya salah faham selepas wanita berusia 22 tahun tidak selesa apabila sering dijeling dan direnung manja oleh lelaki berusia 30-an itu.

“Wanita berkenaan mendakwa lelaki itu sering berada di tempat kerjanya untuk membeli epal dan membuat jelingan yang tidak menyenangkan. Perkara ini berlanjutan selama sebulan.

“Berikutan itu, wanita itu memaklumkan kepada ahli keluarganya sebelum berlaku pertengkaran sehingga tolak menolak.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka hadir ke Balai Polis Sandakan untuk menyelesaikan isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Azhar berkata, pihak polis menasihati kedua-dua pihak untuk membuat laporan rasmi.

“Namun kedua-dua mereka tidak mahu memanjangkan perkara itu kerana kejadian seperti rogol, cabul atau diganggu secara langsung dengan lisan mahupun dari segi tindakan fizikal sebenarnya tidak berlaku.

“Tiada sebarang kertas siasatan dibuka untuk kejadian ini dan polis menafikan kejadian rogol berkenaan,” katanya.

Semalam, dua gambar, dua pesanan suara dan video pendek tular melalui Whatapps kononnya terdapat kes rogol membabitkan wanita tempatan dengan seorang lelaki warga Pakistan. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *