Curi Air, Syarikat Kontraktor Binaan Dikompaun RM10 Ribu

Tiga penguatkuasa Jabatan Air Tawau yang melakukan pemeriksaan bertanyakan soalan kepada dua pekerja yang ditemui di tapak binaan terbabit. – Gambar Jabatan Air Tawau

TAWAU: Jabatan Air Tawau (JAT) mengeluarkan kompaun RM10,000 terhadap syarikat kontraktor binaan dipercayai membuat penyambungan paip air secara haram di premis yang terletak di Jalan Cempaka, Off Jalan Kuhara, di sini hari ini.

Jurutera JAT, Asabri Robensen berkata, pihaknya yang menjalankan operasi bermula pukul 10:40 pagi berjaya mengesan dan bertindak melakukan pemotongan sambungan paip secara haram tersebut.

“Siasatan mendapati terdapat satu penyambungan haram daripada stand paip 3/4 inci yg disambungkan terus ke tapak binaan di bawah pengurusan syarikat berkenaan.

“Tindakan pemotongan keatas sambungan haram tersebut telah dilakukan oleh Penguatkasa Jabatan Air Tawau dan mengeluarkan kompaun RM10,000 atas kesalahan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Dalam pada itu, JAT menegaskan supaya pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.

“Mana-mana individu mahupun syarikat yang dikenakan tindakan kompaun sebelum ini agar menjelaskan bayaran kompaun dengan segera sebelum pihak Jabatan Air Tawau mengambil tindakan mahkamah dan akan menyulitkan lagi proses membuat penyambungan meter baharu.

“Saya juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk memaklumkan sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air segera melaporkan ke No.Careline Jabatan Air Sabah di 088 – 326888. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *