1,706 Kes Kebakaran Terbuka Dicatat Tiga bulan Pertama 2019

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,706 kes kebakaran terbuka direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sepanjang tiga bulan pertama 2019.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan yang ketara berbanding bilangan kes sepanjang tahun 2018 yang merekodkan 1,648.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran terbuka. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah dalam satu kenyataan, sepanjang tempoh masa tiga bulan pertama 2019, Tuaran mencatatkan kes kebakaran terbuka tertinggi seluruh negeri.

Diikuti dengan Tuaran yang mencatatkan sebanyak 265 kes berbanding Kota Kinabalu iaitu 161 kes kebakaran.

Antara kebakaran hutan sepanjang tiga bulan pertama 2019. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Bagi Kota Belud pula merekodkan sejumlah 193 kes kebakaran terbuka diikuti dengan Penampang iaitu sebanyak 129 kes.

Papar turut mencatatkan jumlah kebakaran terbuka tertinggi iaitu 122 kes.

Antara kawasan hutan yang terbakar sepanjang tempoh masa tiga bulan terbabit. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Sementara itu, kes kebakaran terbuka pada Mac mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu sejumlah 979 kes, diikuti pada bulan Februari dan Januari yang masing-masing merekodkan jumlah 537 dan 190 kes.

Antara jenis kes kebakaran terbuka yang diterima oleh PGO JBPM seluruh negeri adalah kebakaran ladang, belukar, kebun kecil, sawah padi, hutan, tapak pelupusan majlis serta tapak pelupusan haram dan pembakaran sampah. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *