Langgar Syarat Lesen, APMM Tahan Bot Nelayan Pukat Jerut

Antara bot nelayan yang ditahan APMM Lahad Datu untuk untuk siasan lanjut. – Foto Facebook APMM

BOT NELAYAN PUKAT JERUT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

LAHAD DATU, 1 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan tiga buah bot yang telah disyaki melanggar syarat lesen perikanan iaitu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Leftenan Maritim Muhammad Zarif bin Mat Yunus, Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Lahad Datu berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 10.22 pagi semalam, sebuah bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan tiga buah bot semasa sedang leka menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika utara Pulau Kerok, Kunak. Turut ditahan 5 orang kru bot warganegara Filipina termasuk 3 tekong warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 53 tahun. 

Semasa pemeriksaan, tekong bot telah mengemukakan lesen bot dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah beserta dokumen awak-awak. Bot tersebut di bawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat lesen iaitu bot tersebut perlu menangkap ikan di jarak 3 batu nautika dari daratan. Jika disabitkan kesalahan pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda maksima RM 1000.

Katanya lagi, tangkapan tersebut juga merupakan sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan kepada pelanggaran Akta Perikanan 1985 di laut. Beliau juga turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus menggandakan usaha bagi mencegah berlakunya sebarang kejadian di laut serta dengan sedaya upaya mengekang pencerobohan Bot Nelayan Asing terutama di perairan Sabah khususnya daripada menghantui Komuniti Maritim Setempat. – APPM

Antara bot nelayan yang ditahan APMM Lahad Datu untuk untuk siasan lanjut. – Foto Facebook APMM
Antara bot nelayan yang ditahan APMM Lahad Datu untuk untuk siasan lanjut. – Foto Facebook APMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *