Rombakan Kabinet Sabah Mungkin Berlaku – Ketua Menteri

KETUA MENTERI: POTFOLIO MENTERI KKR AKAN DI ISI

SIPITANG: Kabinet Negeri Sabah mungkin akan menyaksikan rombakan berikutan kekosongan portfolio Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat setelah penyandangnya meninggal dunia pada Khamis.

Penyandangnya, Datuk Stephen Wong meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Walaupun Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal menyatakan tiada rombakan akan dilakukan buat masa ini tetapi, beliau akan melihat perkara itu terlebih dahulu.

”Tiada (rombakan). Kita akan tengok dahulu,” katanya ketika ditanya tentang kemungkinan rombakan kabinet akan berlaku.

Kemudian ditanya tentang kekosongan portfolio yang dimiliki Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu, Mohd Shafie berkata, beliau akan berbincang perkara itu dengan DAP.

”Saya perlu berbincang dengan DAP terlebih dahulu, saya perlu berbincang dengan kepimpinan DAP tentang persediaan kita untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dan kedudukan menteri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Irau Rayeh Lundayeh Sabah kali ke-14 tahun 2019, di sini pada Sabtu.

Pada Khamis mendiang Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik meninggal dunia di Hospital Quee Elizabeth 1.

Stephen yang merupakan Ketua DAP Sabah memenangi kerusi Parlimen Sandakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum ke-13 menewaskan Datuk VK Liew yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN-LDP)

Beliau kemudiannya mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRU-14 setelah menewaskan Lim Ming Ho yang bertanding dibawah BN-LDP. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *