Enam anak gajah terselamat

ENAM anak gajah terperangkap di dalam lumpur. FOTO/AGENSI

BANGKOK: Enam anak gajah berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap selama beberapa hari di dalam lumpur di timur Bangkok, Thailand.

Kejadian pada Rabu lalu itu disedari oleh beberapa orang renjer yang melakukan rondaan di taman negara terbabit sebelum melihat anak gajah berusia antara satu hingga empat tahun sedang terperangkap, lapor AFP.

Superintendan taman negara itu, Prawatsart Chantheap berkata, usaha menyelamat itu agak sukar apabila ia memakan masa tiga jam untuk menggali dan membina tanjakan untuk membolehkan haiwan terbabit keluar.

“Kami percaya haiwan itu terperangkap sekurang-kurangnya selama dua hari kerana kaki mereka masih lemah.

“Pasukan kami terpaksa meninggalkan haiwan itu semalaman dan kembali semula sambil membawa penyodok untuk menggali lumpur dan membina tanjakan,” katanya.

Prawatsart berkata, pasukan renjer mengawasi kira-kira 30 ekor gajah di kawasan berhampiran dan haiwan yang terperangkap itu mungkin terpisah dari ibunya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *