Cuba bunuh diri dengan toreh tangan

GAMBAR HIASAN

TIDAK tahan diejek, penuntut perempuan cuba membunuh diri dengan menoreh tangannya menggunakan benda tajam di sebuah kampus Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kota Kinabalu kelmarin.

Penuntut berusia 19 tahun itu dikatakan tertekan apabila diejek rakannya kerana dipercayai tidak menyiapkan kerja kumpulan.

Dia yang tidak tahan dengan ejekan rakannya itu bertindak menoreh tangan kirinya dengan mata pengasah pensil jam 9 malam.

Beberapa rakan kampusnya yang menyedari kejadian itu segera menghantar penuntut itu ke Bahagian Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan.

“Penuntut itu sudah sedarkan diri dan siasatan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *