1,600 Kaum Cina Di Tawau Dan Kalabakan Sertai Warisan

Tsen Fen Kyun menyerahkan 1,600 borang keahlian dari kaum Cina kepada Naib Presiden Parti Warisan Datuk Dr Jaujan Sambakong dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Daerah ini malam tadi. – Foto Facebook BESTAWAUfm

TAWAU : Seramai 1,600 kaum Cina dari Bahagian Tawau Dan Kalabakan menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) malam tadi.

Penyerahan borang keahlian itu disampaikan oleh Pegawai koordinator Pertanian Dan Industri Makanan Tawau, Mejar (K) Tsen Fen Kyun kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Naib Presiden Warisan Datuk Dr Jaujan Sambakong yang mewakili Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Datuk Dr. Jaujan berkata, penyertaan ramai itu jelas membuktikan sokongan padu kaum Cina terhadap kerajaan baru dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie, dalam mentadbir negeri ini.

Beliau berkata, demikian pada Majlis kemasukan Kaum Cina dan Penyerahan Borang Keahlian Parti Warisan Bahagian P190 Tawau dan P191 Kalabakan di Tawau.

Penyerahan itu disaksikan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan merangkap Naib Pengerusi Parti WARISAN, Datuk Wong Hong Jun@Junz Wong.

Terdahulu, Datuk Dr Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam ucapannya menyifatkan kaum Cina sebagai ‘Silent Killer’ yang berjaya memberi kemenangan pada WARISAN pada Pilihanraya Umum 14 lalu.

Katanya, bukti itu menunjukkan bahawa Kesemua rakyat di negeri ini sentiasa bersatu-padu walau berbeza agama dan kaum bagi membentuk kerajaan pada hari ini.

Jelasnya, dengan halatuju yang dibawa oleh kerajaan Sabah baru ini, sudah tentu rakyat tanpa mengira kaum akan dilimpahi manfaat dan nikmat kemajuan yang berterusan.

Sesi bergambar bersama pemimpin-pemimpin Parti Warisan Negeri Sabah – Foto Facebook BESTAWAUfm

Sementara itu, rata-rata ahli baru yang menyertai parti WARISAN menzahirkan rasa berpuas hati dan berhasrat memilih parti berkenaan untuk mengecapi masa depan yang lebih baik.

Turut hadir dalam Majlis itu, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Adun Merotai Sarifuddin Hata, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, George Hiew Vun Zin, Pembantu Pembangunan Insfrastruktur Datuk Abdul Muis Picho merangkap Adun Sebatik dan Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.

Sumber : #BESTAWAUfm

Antara kaum Cina yang hadir ke majlis penyerahan borang keahlian untuk menyerai Parti Warisan Sabah – – Foto Facebook BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *