Kaya main permainan video

GRIFFIN menghabiskan lapan jam sehari dengan bermain Fortnite.

NEW YORK: Kegilaan terhadap permainan video membolehkan seorang remaja berusia 14 tahun dari Smithtown, Long Island meraih AS$200,000 (RM815,096) selepas mengalahkan lawannya dalam permainan video Fortnite yang kini tidak ubah seperti satu ‘kerjaya’ untuknya.

Daily Mail melaporkan, Griffin Spikoski, mula terkenal sejak sembilan bulan lalu selepas memuat naik video mengalahkan lawannya yang juga pemain Fortnite terkenal di YouTube, yang ditonton hampir 7.5 juta orang.

Susulan itu, Griffin terkenal seperti selebriti dengan mempunyai lebih 1 juta pelanggan kerana ingin menonton pemain muda ini yang menggunakan nama Skeptik, bertempur dalam permainan dalam talian itu.

Remaja itu menghabiskan lapan jam sehari dengan bermain Fortnite pada hari biasa serta 18 jam pada hujung minggu, selain hanya mengikuti kursus sekolah menengah secara dalam talian, lapor WABC-TV.

“Ia umpama pekerjaan bagi saya,” kata Griffin.

Hasil permainan video itu membolehkan keluarganya mendapat wang daripada sumbangan pelanggan, iklan dalam talian dan tawaran penajaan.

Griffin berkata, dia merancang menyimpan wang diperolehinya, selain membelanjakannya untuk memasuki kolej atau membeli rumah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *