Seks sejenis, berzina boleh direjam di Brunei

KUALA LUMPUR: Kesalahan berzina dan seks sejenis boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati di Brunei, mulai minggu depan, menurut pihak berkuasa.

Difahamkan, undang-undang Syariah itu ditangguhkan pelaksanaannya selama empat tahun ekoran kritikan hebat.

Negara kesultanan kecil itu akan melaksanakan kanun keseksaan tegas baharu terbabit, mulai Rabu depan. Ia turut memperuntukkan hukuman potong tangan dan kaki untuk kesalahan mencuri.

Hubungan sejenis diharamkan di Brunei, namun ia akan menjadi kesalahan yang membawa hukuman maut dan undang-undang itu hanya dilaksanakan terhadap Muslim sahaja.

Hukuman baharu untuk mencuri adalah pemotongan tangan kanan untuk kesalahan pertama dan kaki kiri untuk kesalahan kedua.

Satu notis terhadap Jabatan Peguam Negara Brunei pada 29 Disember lalu memaklumkan hukuman itu akan berkuatkuasa mulai 3 April depan.

Brunei pertama kali mengumumkan langkah itu pada 2013, namun pelaksanaannya tertangguh kerana pihak berkuasa memperincikan cara pelaksanaan sambil dikritik hebat kumpulan hak asasi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *