Mentua sahkan saiz anu menantu ‘tidak besar’

SEORANG bapa membuat laporan polis terhadap menantunya kerana dituduh menjadi punca kematian anak perempuannya.

JAKARTA: Seorang bapa membuat laporan polis terhadap menantunya kerana dituduh menjadi punca kematian anak perempuannya disebabkan memiliki kelamin yang terlalu besar, akibat khabar angin disebarkan penduduk kampung.

Sito,55, dari Dusun Brukkan, di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, menuduh menantunya Basar membunuh anak perempuannya, Jumatri sedangkan kematian wanita terbabit sebenarnya disebabkan sawan yang dihidapnya sejak kecil, lapor Tribun News.

Liputan6 melaporkan, Ketua Siasatan Jenayah Maron, Aipda Dadang Aipda memanggil semua pihak terbabit supaya berjumpa serta berbincang secara baik pada 20 Mac lalu dan Basar secara rela menunjukkan kemaluannya untuk membuktikan tuduhan terhadapnya palsu menyebabkan Sito terus menarik balik laporan berkenaan serta membuat permohonan maaf yang dirakam.

“Saya minta maaf sebesarnya. “Ramai orang berkata kelamin menantu saya besar, namun ternyata saya lihat sendiri kecil.

“Saya tak akan percaya omongan tetangga lagi. Tukang membuat omongan itu dajjal,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *