Dicetak Dalam Kuantiti Terhad, Wang Kertas RM60 Bukan Untuk Ganti Wang Kertas RM 50

Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa kerajaan mahu menggantikan penggunaan wang kertas RM 50 dengan wang kertas RM 60.

Bagaiamanapun, Bernama News Channel sebentar tadi melaporkan bahawa Menteri Kewangan, Saudara Lim Guan Eng berkata, wang kertas RM 60 tidak akan menggantikan penggunaan wang kertas RM 50 kerana jumlah pengeluaran yang terhad.

Menurut portal berita itu lagi, hanya sebanyak 60,000 keping wang kertas RM 60 sahaja yang dikeluarkan.

Ujar Guan Eng, wang kertas tersebut dikeluarkan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan oleh Bank Negara pada Disember 2017.

Bersama-sama berita yang tular tersebut, beberapa keping gambar wang kertas RM 60 tersebut turut dikongsikan di media sosial.

Sumber: Bernama News Channel / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *