Hilang Kawalan, Kereta Triton Terbabas Di Jalan Ranau-Tuaran

Keadaan Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Kiau Jalan Ranau-Tuaran. – Foto Ihsan IPD Kota Belud

KOTA BELUD: Seorang lelaki mengalami saat getir apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Kampung Kiau Jalan Ranau-Tuaran, pada petang kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu mangsa berumur 37 itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superitendan Mohd Zaidi Abdullah berkata kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu mangsa, Husnan Sair dari arah Ranau ke Kota Kinabalu terbabas di bahu jalan ketika menuruni bukit.

“Kenderaan terbabit melanggar parit konkrit seterusnya berpusing beberapa kali dan terbalik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan hingga berlaku kemalangan.

Katanya kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *