New Zealand siar Azan Jumaat, bertafakur seluruh negara

CHRISTCHURCH: Ribuan jemaah berhimpun di bandar ini hari ini, bagi menunaikan solat Jumaat seminggu selepas insiden tembakan rambang oleh pelampau kulit putih yang membunuh 50 jemaah di dua masjid di Christchurch.

New Zealand turut menyiarkan laungan azan dan bertafakur sejenak, serentak selama dua minit di seluruh negara.

Tatkala azan disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand, Perdana Menteri Jacinda Ardern turut sama bertafakur di taman yang terletak berhadapan masjid, lokasi bermulanya serangan berdarah Jumaat lalu bersama-sama lebih 4.5 juta rakyat New Zealand lain.

Umat Islam berjemaah untuk solat Jumaat yang diketuai oleh Imam Besar, Gamal Fouda di Masjid Al Noor di Hagley Park di Christchurch. – Foto AFP

Tepat jam 1.30 petang laungan azan solat jumaat berkumandang sambil didengari ribuan jemaah di Taman Hagley yang terletak berhadapan masjid Al Noor.

Seluruh negara kemudian bertafakur selama dua minit, menyaksikan orang awam berhimpun di Auckland, Wellington dan beberapa bandar lain.

Imam masjid Al Noor, Gamal Fouda dalam bacaan khutbahnya menolak rasa kebencian namun memuji semangat kekitaan yang wujud di kalangan warga New Zealand susulan pembunuhan kejam itu. – AFP

Umat Islam berjemaah untuk solat Jumaat yang diketuai oleh Imam Besar, Gamal Fouda di Masjid Al Noor di Hagley Park di Christchurch. – Foto AFP

Imam Besar, Gamal Fouda memberikan ceramah pada solat Jumaadi Masjid Al Noor di Hagley Park di Christchurch. – Foto AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *