Bunuh anak kerana cemburu

WANITA yang membunuh bayi sendiri. FOTO/AGENSI

KIEV: Akibat terlalu cemburu, seorang wanita berusia 21 tahun bertindak kejam dengan mengelar leher anak perempuannya yang berusia tiga minggu kerana mendakwa suaminya lebih menyayangi mangsa berbanding dirinya.

Daily Mail melaporkan, wanita itu yang dirahsiakan namanya, menyerang bayi perempuannya dengan pisau dapur di apartmen mereka di Rivne, barat daya Rivne Oblast ketika suaminya berusia 26 tahun keluar untuk membuang sampah.

Selepas kembali ke rumah dan lelaki itu melihat tangan isterinya dipenuhi darah, dia segera ke bilik tidur untuk memeriksa anak perempuannya dan terkejut melihat bayinya terbaring kaku dengan berlumuran darah.

Jurucakap polis Anton Kruk memberitahu, bayi itu mati disebabkan luka pisau pada lehernya.

Polis menemui pisau itu di sinki dapur dan masih dipenuhi darah kanak-kanak itu. Wanita itu juga tidak dapat menjelaskan sebab dia melakukannya malah dia tidak dapat mengingati apa yang dilakukannya hari itu.

Berdasarkan laporan, suspek menghidapi radang otak sejak November tahun lalu dan dipercayai menjejaskan kesihatan mental wanita itu. – Agensi

PISAU yang digunakan wanita untuk membunuh anaknya. FOTO/AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *