Abang bomba cedera kena renjatan elektrik

Gambar Hiasan

ANGGOTA bomba cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran rumah di Kampung Berundung, Papar semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam menyebabkan Nazri Rashid, 45, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dirawat di Hospital Papar.

Dia bagaimanapun dilapor stabil dan tiada kecederaan serius.

Penyelia Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Hasbi Hajat berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima panggilan panggilan kecemasan pada 10.07 malam mengenai kebakaran itu.

“Seramai sembilan anggota termasuk Nazri bersama dua jentera ke lokasi dan mendapati siling rumah itu sudah terbakar 25 peratus.

“Kerja pemadaman segera dilakukan dan api dapat dikawal 15 minit kemudian. Namun, Nazri terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja memadam kebakaran.

“Dia diberi rawatan awal sebelum dirujuk ke hospital. Keadaannya stabil,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu ditamatkan pada 11.32 malam. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *