Polis siasat empat kereta di baling batu di Jalan Tawau-Semporna

Keadaan kereta dipercayai dibaling batu di Jalan Tawau-Semporna. Foto Ihsan Pembaca

TAWAU, 21 Mac – Polis sedang menyiasat laporan empat pemilik kenderaan berhubung perbuatan khianat pada Selasa lalu, yang mengadu bahawa kenderaan mereka dibaling batu semasa melalui Jalan Tawau-Semporna berdekatan Kilang KL-Kepong (Kilang Taiko) dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kejadian khianat itu berlaku antara pukul 5.15 petang dan 7.00 malam melibatkan pemandu yang dalam perjalanan dari Tawau menghala ke Semporna.

Katanya kebanyakan mereka mengadu kenderaan mereka mengalami pelbagai kerosakan seperti pintu kereta kemik, cermin tingkap pecah serta bumper hadapan rosak, dan mereka hanya membuat laporan polis selepas memeriksa kenderaan mereka di Semporna.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai didalangi tiga lelaki yang berada di sebuah kawasan ladang pokok kelapa sawit, berdasarkan keterangan mangsa yang menyedari kehadiran suspek, dan menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan khianat harta benda.

“Kawasan kejadian juga tidak dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan di sini.

— BERNAMA

Keadaan kereta dipercayai dibaling batu di Jalan Tawau-Semporna. Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *