Julfazli bebas, mohon sumbangan untuk biaya saman Kerajaan

Jufazli Shi Ahmad secara rasmi telah bebas hari ini – Foto facebook Julfazli

Pemilik akaun Facebook, Jufazli Shi Ahmad yang didakwa biadap serta menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara rasmi bebas dari tahanan polis.

Julfazli dalam kenyataan terbaru di facebook miliknya hari ini memberitahu peguam yang mewakilinya berjaya menolak permohonan tambahan reman 4 hari di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan Julfazli berhubung tangkapan ke atas dirinya sekitar jam 3 pagi pada sabtu lalu.

Saya tetap menganggap tangkapan PDRM adalah atas arahan politik kerajaan Mahathir Mohamad yang cuba mendiamkan suara lantang saya mengkritik skandal korupsi mega dan salah guna kuasa beliau sebagai Perdana Menteri dalam negara Malaysia. 

Saya juga menganggap tangkapan oleh Mahathir Mohamad ke atas saya bermula jam 3.00 Pagi (16 March 2019-Sabtu) adalah satu “Penculikan Politik” yang wajar saya kecam kerana sejak 16 March 2019 (10 Pagi) sehingga 20 March 2019 (12 Tengah Hari), Polis-Polis Mahathir tidak membenarkan saya berjumpa dengan keluarga saya dan peguam-peguam yang saya lantik dalam kes ini.

Menurut Julfazli, beliau  merancang untuk mengeluarkan saman sivil sebanyak RM 2 Juta kepada pihak kerajaan Mahathir Mohamad, Polis-Polis Mahathir, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri kerana menafikan hak asasinya melantik Peguam dalam tangkapan politik ini.
Bagi tujuan itu beliau berharap rakyat Malaysia boleh memberi sumbangan bagi menampung kos guaman sebanyak RM 50 Ribu bagi menjayakan saman sivil RM 2 Juta kepada kerajaan Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *